Pemilik Kedai Dapat Nota Dari Bekas Pekerja, Pulangkan Wang Yang Dia Pernah Curi Dulu

Entertainment
5 Jul 2023 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rezeki tak pernah salah alamat, jika kita maafkan seseorang dan halalkan, kemungkinan ada rezeki lebih besar bakal mendatang. Salah satu contoh yang terjadi melibatkan seorang pemilik kedai yang tular perkongsiannya berkenaan sebuah nota yang diberikan oleh bekas pekerja.

Pemilik kedai serbaneka di Perak, Shahul Hamed Sanudin menunjukkan nota tersebut di mana salah seorang bekas pekerja memohon maaf kepadanya kerana pernah mengambil wang tunai dari mesin cashier satu masa dulu dan mengakui kesilapannya serta minta diampunkan.

Bahkan dikepilkan juga wang tunai yang didakwa jumlah yang telah diambil semasa dia bekerja di situ dulu.

“Assalamualaikum kepada Boss Hamid, dulu saya pernah kerja di sini dan telah mengambil duit dari peti cashier, kini saya pulangkan semula wangnya, saya minta maaf atas perilaku saya dahulu.”

image is not available

Hamed bagaimanapun memaafkan pekerja tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada individu itu. Dia turut mendoakan agar bekas pekerjanya itu dimurahkan rezeki dan berpesan agar tidak mengulanginya lagi.

Semoga Hamed dan bekas pekerjanya ini murah rezeki dan diberkati Allah. Amin.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.