Pemilik kedai didenda jual produk beracun tanpa lesen

24 Mar 2023 • 4:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang pemilik kedai berusia 55 tahun didenda RM3,500 kerana menjual produk mengandungi racun tanpa lesen.

Munavar Abd Majeed mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Khamis.

Dia didapati menjual produk itu iaitu lima kotak Choco Fit yang mengandungi racun di mana dia tidak mempunyai lesen untuk menjualnya pukul 11.40 pagi pada 4 Julai, 2019 di Mazuin Beauty World, Grand Plaza Putatan.

Pertuduhan menyatakan racun yang dikesan dalam produk itu ialah Sibutramine yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Kesalahan di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) Akta sama itu membawa hukuman denda sehingga RM3,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Munavar yang tidak diwakili merayu hukuman ringan dengan mengatakan bahawa dia tidak tahu produk itu mempunyai racun.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Andrew Roy Pereira dari Jabatan Farmasi, menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan Munavar telah mengulangi kesalahan sama.

Andrew berkata sebagai pesalah berulang, Munavar harus bertanggungjawab memastikan semua produk di premisnya selamat untuk semua pengguna dan mematuhi spesifikasi piawai yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Tambahnya, produk itu didapati mengandungi racun iaitu Sibutramine dan Munavar tidak mempunyai lesen untuk menjual racun itu. Munavar membayar denda itu pada Khamis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.