Pemilik kenderaan mewah culas baharui cukai jalan 

LocalCars
27 Sep 2026 • 4:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemilik kenderaan mewah culas baharui cukai jalan 

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati, terdapat pemilik kenderaan mewah melakukan kesalahan serius termasuk memiliki dua atau tiga kenderaan mewah  menggunakan nombor pendaftaran sama.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tindakan itu dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa semasa kenderaan terbabit berada di atas jalan raya.

“Kes sebegini kita ambil tindakan berlainan, iaitu saman di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu kesalahan pemalsuan dokumen. Kita ambil tindakan serius,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Kelantan, Panji, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Kifli memberitahu, trend terkini menunjukkan kesedaran dalam kalangan pemilik ‘supercar’ untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans semakin meningkat berbanding pemilik kenderaan mewah lain.

Katanya, semakan rekod mendapati kes melibatkan kenderaan mewah kategori ‘supercar’ dalam sebulan tidak sampai 10 kes.

“Paling banyak tidak bayar saman dan culas memperbaharui cukai jalan adalah pemilik kereta BMW, Mercedes, Alphard dan Vellfire. Boleh dikatakan 95 peratus pemilik ‘supercar’ sudah bayar saman dan cukai jalan.

“Perlu ditegaskan bahawa harga, jenama atau status pemilikan kenderaan tidak memberi sebarang keistimewaan dalam sudut penguatkuasaan undang-undang. Kemampuan memiliki kenderaan mewah mesti disertai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang,” katanya.

Beliau turut memuji golongan marhaen yang disifatkan lebih bertanggungjawab menyelesaikan saman tertunggak sungguhpun berpendapatan kecil berbanding pemilik-pemilik kenderaan mewah daripada golongan T20. –UTUSAN

The post Pemilik kenderaan mewah culas baharui cukai jalan  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved