Pemilik Meninggal Dunia? Ini Cara Pantas Nak Tukar Nama Ke Waris Untuk Kereta Nilai Lebih RM10,000 & Bebas Hutang

5 Jul 2024 • 4:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemilik Meninggal Dunia? Ini Cara Pantas Nak Tukar Nama Ke Waris Untuk Kereta Nilai Lebih RM10,000 & Bebas Hutang

Biasanya, apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia, waris yang tinggal perlu menyelesaikan banyak perkara termasuk dalam urusan pembahagian harta.

Antaranya menukar nama kenderaan pemilik yang sudah meninggal dunia kepada waris. Namun begitu, tidak semua tahu cara hendak menguruskan perkara tersebut.

Ada juga yang selalu beranggapan urusan tersebut merenyahkan dan memakan masa yang lama.

Tak hairanlah, ada yang ahli keluarga yang tak kisah menggunakan kenderaan milik ahli keluarga yang sudah meninggal dunia setiap hari walaupun urusan penukaran pemilikan belum dibuat.

Guna perkhidmatan ditawarkan AmanahRaya

Sebenarnya, untuk kenderaan dengan nilai melebihi RM10,000 dan bebas hutang, ada cara yang mudah dan pantas untuk menukar nama kepada waris.

Caranya adalah dengan menggunakan perkhidmatan Pentadbiran Pusaka Bagi Kereta Sahaja yang ditawarkan oleh AmanahRaya.

Percaya atau tidak, proses penukaran hanya mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sahaja.

Apa yang penting, anda perlu menyediakan semua dokumen yang dikehendaki dan mengikut proses-proses yang ditetapkan.

Maklumat lanjut termasuk dokumen-dokumen yang perlu disediakan boleh dirujuk melalui FAQ dibawah.

image is not available image is not available

Proses yang perlu dibuat sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama

Jadi bagaimana proses yang perlu dilalui oleh waris untuk menyelesaikan proses penukaran nama kenderaan pemilik yang sudah meninggal dunia ini?

Anda cuma perlu mengikut beberapa langkah mudah dibawah sahaja:

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau terus ke mana-mana cawangan AmanahRaya.
  • Isi semua borang-borang yang diperlukan. Borang-borang juga boleh dimuat turun di sini.
  • Buat pembukaan fail di AmanahRaya dan jelaskan bayaran fi yang dikenakan.
  • Selepas semua proses dokumentasi siap, bawa kenderaan untuk penilaian dengan pihak ketiga seperti AAM atau PUSPAKOM.
  • Selesai proses penilaian kenderaan, dapatkan Surat Kuasa Mentadbir daripada AmanahRaya.
  • Akhir sekali, anda perlu hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuat pindah milik kenderaan.

Mudah je kan. Proses yang perlu dilalui tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang terlalu lama.

Maka tiada lagi alasan untuk waris menangguhkan terlalu lama urusan menukar pemilikan kenderaan yang pemiliknya sudah meninggal dunia.

Apabila semua syarat sudah dipenuhi, dokumen lengkap disediakan dan semua proses-proses dipatuhi, maka urusan ini boleh selesai dalam masa kurang dari enam bulan.

Selesai segera amanah yang dipegang

Jadi, usah bertangguh untuk melunaskan urusan tukar nama kenderaan pemilik yang sudah meninggal dunia kepada waris yang layak.

Berurusan sahaja dengan AmanahRaya, semuanya akan berjalan lancar dan boleh diselesaikan dengan pantas.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web dan Facebook AmanahRaya.