Pemilik dan pengusaha Opah Strawberries di Cameron Highlands, Zamzam Zulaikha Abu Shah tampil membuat penjelasan terbuka serta memohon maaf selepas beberapa tindakannya di media sosial menjadi perhatian ramai.
Menerusi kenyataan di Threads, wanita yang juga dikenali sebagai Kak Ika itu memohon maaf kepada individu yang menerima balasan komen berunsur kasar daripadanya di sebuah hantaran video ketika beliau berada di atas motosikal di Cameron Highlands.
AdvertisementKak Ika mengakui tindakannya itu tidak wajar dan bertanggungjawab sepenuhnya atas cara balasan yang diberikan kepada komen-komen berkenaan.

“Saya telah mengambil inisiatif untuk menghubungi akaun-akaun yang terlibat secara peribadi melalui DM di Threads dan juga TikTok bagi menyampaikan permohonan maaf saya. Setakat kenyataan ini dibuat, sebahagian daripada mesej tersebut masih berada dalam Message Request dan belum dibuka oleh penerima,” katanya.


Dalam masa sama, Kak Ika turut menjelaskan isu berhubung kenyataan ‘B40’ yang tular baru-baru ini.
Menurutnya, kenyataan ketika sesi siaran langsung yang menyebut ‘bangsa-bangsa yang masuk’ sebenarnya merujuk kepada akaun luar negara dari Vietnam dan Thailand yang sering memasuki LIVE beliau serta mengambil ‘Treasure Coin’ dan ‘Treasure Box’ yang disediakan untuk pengikut.
Beliau mendakwa sebahagian rakaman yang tersebar telah dimanipulasikan sehingga mencetuskan salah faham. Malah, beliau menyatakan kesediaan untuk berkongsi semula rakaman penuh siaran langsung tersebut bagi menjernihkan keadaan.
Kak Ika turut menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada golongan B40 atau mana-mana kumpulan masyarakat di Malaysia.
Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya niat untuk menghina atau memperlekeh mana-mana pihak, selain menjelaskan dirinya sendiri bukan berasal daripada keluarga berada.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Didakwa Sedang Alami Zaman Kejatuhan, Respon Khairul Aming Jadi Tumpuan - "Dahsyat Betul Membenci Saya"
The post Pemilik Opah Strawberries Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 – “Saya Akui Yang…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





