“Saya minta maaf, saya tahu salah” – Pemilik Tanah Penempatan R*hingya

16 Jun 2026 • 4:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft hulu langat

Seorang lelaki berusia 70-an yang juga pemilik kepada tanah yang dijadikan penempatan pelarian etnik Rohingya yang terletak di Kampung Baru Sungai Makau, Sungai Tekali, Hulu Langat tampil memohon maaf.

Lelaki tersebut mengakui bahawa kerja merobohkan struktur bangunan yang dilakukan itu atas dasar tanggungjawab mereka sendiri.

Artikel berkaitan: Flat Dikaitkan Dengan Rohingya Di Sungai Tekali Bakal Dirobohkan

Artikel berkaitan: Jika Dibenarkan Oleh Kerajaan, Restoran Mamak Sedia Ambil Etnik Rohingya Bekerja – PRESMA

 “Saya minta maaf, saya tahu (sudah buat) salah sebab itu kami robohkan sendiri.”

Screenshot 2026 06 16 162220

Bagaimanapun, pemilik tanah itu enggan memberikan ulasan lanjut dan memohon agar diberikan ruang kepada pihaknya menguruskan perkara terbabit serta memaklumkan bahawa ia diuruskan oleh anaknya.

Jelasnya lagi, sebelum ini, mereka juga sudah memohon maaf berhubung dengan perkara itu dan turut memaklumkan bahawa tanah itu adalah tanah miliknya bersama isteri.

“Kerja merobohkan struktur itu akan mengambil masa kira-kira tiga minggu dan sekarang kerja masih dijalankan. Semua anak yang uruskan, saya datang ini untuk memantau kerja saja.”

Di samping itu, dia juga turut memberikan jaminan bahawa sisa struktur berkenaan akan dibuang di lokasi sepatutnya yang diselaraskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, seorang pekerja kontraktor memberitahu bahawa kerja sedang dijalankan dan ia akan mengambil masa namun enggan mengulas lanjut.

WhatsApp Image 2026 06 13 at 4.29.47 PM

Menurut Harian Metro, semenjak bangunan itu menjadi perhatian, kawasan flat itu menjadi tumpuan orang ramai terutamanya dari kawasan Hulu Langat yang mahu melihat sendiri tempat tersebut.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia berharapa agar kerja perobohan itu dilakukan segera dan berharap agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.