Pemilik syarikat percetakan disyaki kemuka tuntutan palsu

10 Jan 2023 • 9:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat menahan seorang pemilik syarikat percetakan bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lalu.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 5 petang pada Selasa selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2021, suspek telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini berkaitan pembekalan cetakan modul pembelajaran untuk kegunaan pelajar, sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 9 pagi Rabu bagi mendapatkan permohonan reman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved