Pemilik Terkejut Perabot Dalam Rumah Sewa Dijual Penyewa, Siap ‘Promote’ Dalam Group Barang Terpakai

Entertainment
26 Jun 2024 • 10:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selalu kita dengar cerita mengenai penyewa yang tidak bertanggungjawab meninggalkan rumah sewa dalam keadaan kotor dan bersepah.

Pun begitu, ada seorang penyewa rumah di sekitar Bangi yang selamba mempromosikan perabot dalam rumah sewanya sebelum perbuatannya diketahui oleh pemilik rumah.

Promote dalam group barang terpakai

Satu hantaran yang dimuat naik di Facebook, pemilik rumah berkenaan meletakkan beberapa tangkap layar posting yang dibuat oleh penyewa rumahnya. Penyewa itu mahu menjual barangan perabot seperti sofa single, sofa panjang, kusyen dan sebagainya.

Lebih memalukan, penyewa itu membuat promosi seolah-olah dirinya adalah pemilik perabot yang mahu pindah rumah dan memerlukan wang untuk hal kecemasan. Kesemua perabot itu dijual dengan harga bermula RM150 sehingga RM300.

image is not available
Sumber: facebook

image is not available
Sumber: facebook

Pemilik minta orang jangan beli

Akhirnya, kesemua hantaran tersebut dapat dihidu oleh pemilik rumah sewa dan dia meminta orang ramai supaya tidak membeli perabot yang dipromosikan oleh penyewa rumahnya.

Ini semua perabot rumah saya. Penyewa cuba untuk jual. Jangan beli! Siapa yang dah beli sila contact saya segera!

image is not available
Sumber: facebook

Tidak berhenti di situ, beberapa orang netizen di ruangan komen terjumpa hantaran milik penyewa yang baru sahaja mempromosikan beberapa perabot yang lain.

image is not available
Sumber: facebook

Selain itu, ada netizen mendakwa penyewa rumah itu turut menipunya tentang bilik sewa dalam rumah tersebut. Pemilik rumah itu berkata, penyewa tersebut juga tidak membayar sewa bulanan.

image is not available
Sumber: facebook

image is not available
Sumber: facebook

image is not available
Sumber: facebook

Harap pelaku dapat diberkas..

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.