Pemimpin Melayu DAP tak setuju kempen PRN guna imej Najib, Rosmah -“Ini perlu diubah”

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 3:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Syahredzan Johan menegaskan beliau tidak bersetuju dengan penggunaan imej Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Malah, beliau berpandangan budaya politik di negara ini perlu berubah ke arah yang lebih matang dan berhemah.

Tak setuju cara berpolitik seperti ini

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Syahredzan menyatakan, sebarang perbezaan pandangan sepatutnya disuarakan melalui saluran yang lebih sesuai tanpa melibatkan kaedah yang boleh mencetuskan budaya politik tidak sihat.

“Saya tidak bersetuju dengan cara berpolitik seperti ini. Budaya politik kita perlu lebih sihat dan matang.
“Kalau tidak bersetuju sekalipun, pandangan itu boleh disuarakan melalui media sosial atau secara bersemuka. Budaya politik seperti ini perlu diubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama peniaga di Taman Kota Masai, Johor, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden DAP, Steven Sim Chee Keong serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani.

Image from: Pemimpin Melayu DAP tak setuju kempen PRN guna imej Najib, Rosmah -“Ini perlu diubah”

Wajah Rosmah digunakan sebagai bahan kempen PRN

Terdahulu, Rosmah mengecam tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang didakwa menggunakan wajah dan imejnya dalam bahan kempen PRN Johor.

Beliau turut menegaskan seorang menteri seharusnya menunjukkan contoh politik yang matang dan tidak menyebarkan bahan berbentuk fitnah atau manipulasi.

Image from: Pemimpin Melayu DAP tak setuju kempen PRN guna imej Najib, Rosmah -“Ini perlu diubah”

Dalam perkembangan sama, Syahredzan turut menyentuh tentang insiden vandalisme terhadap bahan kempen Nor Zulaila yang disifatkannya sebagai tindakan tidak sihat. Beliau percaya perbuatan itu bukan dilakukan oleh mana-mana parti politik, sebaliknya individu yang terlalu bersemangat.

Image from: Pemimpin Melayu DAP tak setuju kempen PRN guna imej Najib, Rosmah -“Ini perlu diubah”

Mengulas persiapan menjelang hari pengundian esok, Syahredzan memaklumkan jentera kempen kini berada di fasa terakhir dan tiada lagi perubahan strategi akan dilakukan.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved