Pemimpin UMNO tiba di WTCKL hadiri Mesyuarat MKT

LocalPolitics
10 Jan 2025 • 8:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Muhamad Akmal turut hadir pada Mesyuarat MKT UMNO di WTCKL pada Jumaat.

image is not available
Dr Muhamad Akmal turut hadir pada Mesyuarat MKT UMNO di WTCKL pada Jumaat.

image is not available
Ahmad Maslan sempat beramah mesra bersama pengamal media sebelum

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin UMNO mula tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, pada Jumaat.

Antara yang hadir ialah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli MKT, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Difahamkan, mesyuarat tersebut dijadualkan bermula kira-kira jam 9 malam.

Mesyuarat kali ini dijangka membincangkan beberapa perkara penting termasuk isu berkaitan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengeluarkan surat pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.

Selain itu, antara isu lain yang mungkin dibincangkan adalah mengenai dakwaan sesetengah pihak berkaitan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) awal sebelum mencapai tiga perempat penggal pemerintahan Kerajaan Madani.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memohon ihsan, kebijaksanaan dan keadilan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh buat Najib.