Siapa Sorok Titah Adendum? Mohon Kerajaan Jawab – Dr Akmal

LocalPolitics
7 Jan 2025 • 10:34 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Siapa sorok Titah Adendum? Demikian dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap kerajaan berhubung titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai kebenaran Datuk Seri Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

image is not available

Foto: Carian Google

Ini kerana menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Jabatan Penjara hanya mengenai pengurangan hukuman dan pengurangan denda terhadap bekas Perdana Menteri tersebut, bukan tentang tahanan di rumah.

Siapa sorok Titah Adendum?

image is not available

Foto: Facebook Dr Akmal Saleh

Justeru, Dr Akmal tampil membangkitkan persoalan tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya pada Isnin.

“Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya menerima dua surat iaitu pengurangan tempoh pemenjaraan Najib dan pengurangan denda. Masih menggambarkan seolah tiada apa-apa berkaitan titah adendum.

“Maka, jika di mahkamah tadi telah disahkan Titah Adendum itu wujud, malah disahkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah. Persoalannya siapa sorok titah ini? Kita mohon pihak kerajaan untuk menjawab,” katanya.

Terdahulu, Dr Akmal berkata, pengesahan Titah Adendum yang telah dibacakan dalam prosiding Mahkamah Rayuan semalam, sekali gus menolak dakwaan titah itu hanya “hearsay” seperti mana yang disebut oleh pemimpin kabinet semasa.

image is not available

Foto: Bloomberg

Lantaran itu, menerusi rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam, Najib telah dibenarkan untuk meneruskan kes semakan kehakiman kewujudan titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membenarkan beliau ditahan di rumah.

Namun titah adendum itu bukanlah salah satu perintah kepada Jabatan Penjara kerana ia didakwa dilakukan di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan dan dianggap tidak sah oleh Peguam Negara yang lalu.

Oleh yang demikian, kekusutan mengenai perkara itu perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah.