Peminat Bakar Mercun Dalam Pawagam Teruja Tonton Filem Baru Salman Khan

15 Nov 2023 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Aktor Salman Khan sedang meraikan kejayaan filem terbarunya, Tiger 3 yang dikatakan sudah mencapai kutipan pecah panggung setelah beberapa hari ditayangkan.

Filem tersebut juga disambut penuh teruja oleh para penonton.

Namun ada peristiwa yang disifatkan Salman sebagai berbahaya telah dilakukan sekumpulan peminatnya.

Menerusi perkongsian video yang tular di laman X, sekumpulan peminat dilihat telah membakar mercun di dalam pawagam sebagai tanda meraikan filem tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam Pawagam Mohan di daerah Maharashtra's Nashik. Mercun dibakar pada bahagian tepi dan tengah layar lebar sehingga menimbulkan suasana panik dengan percikan  mercun silih berganti dan asap tebal.

Mengambil berat tentang insiden tersebut, Salman telah mencuit di bebenang X miliknya.

“Saya mendapat tahu ada yang membakar mercun sewaktu menyaksikan Tiger 3. Ini berbahaya.

“Mari nikmati karya ini tanpa meletakkan diri dalam sebarang risiko. Jaga diri semua,” cuit Salman di X seperti dilaporkan NDTV.com.

Sementara itu pemilik pawagam dipercayai telah membuat laporan kepada pihak polis dan kes dalam siasatan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved