Peminat Bengang, Ratusan Album Baru SEVENTEEN Dibuang Di Tepian Jalan Di Jepun

Music
2 May 2024 • 10:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

SEVENTEEN telah kembali dengan album terbaru mereka “17 IS RIGHT HERE”.

Satu hantaran yang menunjukkan ratusan album SEVENTEEN dibuang di tepi jalan di Jepun telah tular dan menjadi isu hangat di media sosial.

Dalam hantaran tersebut juga jelas kelihatan papan tanda yang tertulis,

Sila ambil apa yang awak nak.

Hantaran itu juga dipenuhi dengan luahan peminat yang mengkritik perbuatan individu yang mengambil peluang membeli ratusan album hanya untuk mengambil kad foto.

Malah, mereka turut menyatakan bahawa perbuatan individu tersebut seakan seperti tidak menghormati kerja keras serta usaha SEVENTEEN yang bersusah payah untuk mengeluarkan album itu.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan di media sosial dan menjadi salah satu isu yang sedang hangat diperkatakan oleh peminat serta netizen.

Komen peminat,

  • Ramai peminat yang tak dapat beli album tersebut disebabkan oleh individu tamak seperti ini.
  • Syarikat mereka patut keluarkan kad foto yang sama sahaja untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.
  • Patutnya kena letak had pembelian.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.