30 kereta tersadai tepi jalan, tayar bocor terkena paku bertaburan – “Ada orang pedajal”

30 Apr 2024 • 9:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
30 kereta tersadai tepi jalan

Tular di media sosial apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Faiz Latif mendakwa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menabur paku di lebuh raya hingga menyebabkan 30 kereta tersadai tepi jalan gara-gara alami kerosakan di bahagian tayar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Faiz di laman TikToknya, dia antara mangsa terlibat memberitahu kejadian itu berlaku pada 29 April di sebuah lebuh raya sebelum Tol Karak pada jam 10 malam.

30 kereta tersadai tepi jalan

@mohdfaizlatif

Ada org pedajjal sebelum tol karat dekat selekoh double tu..ada paku terabur tengah jalan..hati2 semua yang lalu mlm ni 29/4/2024…hampir 30 biji tersadai tepi jln bocor tayar..dekat exit termeloh 10 biji skali dgn aku..Kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan aku berhenti di exit termeloh

♬ original sound – Faiz Latif – Faiz Latif

Dakwanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan mangsa lain mendapati kesemua tayar yang bocor itu terkena jenis paku yang sama.

“Ada orang pedajal sebelum Tol Karak dekat selekoh double tu, ada paku terabur tengah jalan. Hati-hati semua yang lalu malam ni 29 April 2024.

“Hampir 30 biji kereta tersadai tepi jalan, bocor tayar dekat exit Temerloh 10 biji sekali dengan aku. Kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan aku berhenti di exit Temerloh,” ujarnya.

30 kereta tersadai tepi jalan

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Siapa yang sanggup sabotaj?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan terhadap mangsa yang terlibat dan berasa bengang dengan perbuatan khianat si pelaku yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

image is not availableimage is not available

Pihak kuasa perlu jalankan siasatan!

Bukan itu sahaja, ramai yang menyeru agar pihak berkuasa jalankan siasatan sewajarnya dan mengenakan tindakan yang setimpal terhadap pelaku.

image is not available image is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang lelaki berkongsi pengalaman rakannya terpijak paku semasa sedang joging di sekitar Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Sumber: TikTok @Faiz Latif