Peminat Bengang, Ricky ZEROBASEONE Ditengking Staf Ketika Siaran Langsung

EntertainmentMusic
1 Nov 2023 • 12:45 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kena marah? Betul ke ni?

Pada 31 Oktober, Ricky telah melakukan siaran langsung buat peminat di waktu yang sama dengan siaran langsung dua lagi ahli ZEROBASEONE, Gyu-vin dan Gun-wook. Ianya disebabkan telefon bimbit mereka terlalu kecil untuk merakam mereka bertiga.

Selepas beberapa minit, Gun-wook telah menyuruh Ricky untuk memeriksa peti mesejnya dan mengatakan bahawa syarikat mereka iaitu WAKEONE Entertainment telah menyuruh Ricky untuk menamatkan siaran langsung tersebut.

Malah, sejurus selapas siaran langsung itu ditamatkan, kedengan suara seorang pekerja syarikat itu yang sedang menjerit serta memarahi Ricky di dalam siaran langsung milik Gyu-vin dan Gun-wook.

Lelaki itu berkata dengan nada lantang,

Awak tiada beritahu kami untuk buat siaran langsung, awak faham ke tak apa yang saya cakap ni?

Dalam masa yang sama, nada yang digunakan oleh orang itu kedengaran seakan-akan seperti sedang mengejek Ricky yang tidak berasal daripada Korea. Situasi ini juga telah berlanjutan sehingga siaran langsung itu ditamatkan.

Rata-rata peminat meluahkan perasaan marah terhadap pekerja syarikat itu kerana bercakap kasar serta menengking penyanyi itu di atas sebab yang remeh di hadapan ahli yang lain.

Ada juga yang mengatakan bahawa pekerja tersebut telah bersifat sinofobia terhadap ahli ZEROBASEONE yang berasal daripada Cina itu.

Tak patut tau marah Ricky sampai macam tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.