
Melly Goeslaw mengejutkan peminat apabila membawa pesohor Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow sebagai penyanyi jemputan pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi.
Joe yang menerima tepukan gemuruh menjadi teman rapper Melly menggantikan penyanyi asal, Ari Lasso untuk lagu Jika.
Selain Joe, Melly turut ditemani penyanyi yang mencipta sensasi di peringkat antarabangsa iaitu Puteri Ariani berduet menyampaikan lagu Cinta yang dipopularkan bersama Kris Dayanti.
