Peminat Bertuah Terima Hadiah Pelukan Istimewa Daripada Afgan Sempena Hari Jadi

Music
18 Dec 2022 • 10:01 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Afgan sebelum konsert 'Evolution Live In Kuala Lumpur' - Gambar Instagram Afgan

Seorang peminat bertuah telah menerima hadiah pelukan daripada penyanyi terkenal Indonesia iaitu Afgan sewaktu menonton konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlangsung malam tadi.

Afgan telah berjalan ke tempat duduk peminat di pertengahan konsert dan telah pergi kepada salah seorang peminat wanita. Kebetulan, hari itu merupakan hari lahir peminat berkenaan. 

Lantas Afgan menyanyikan lagu 'Happy Birthday' dan memberikan pelukan Istimewa buat peminat yang dikenali sebagai Ashikin itu usai menyanyikan lagu untuknya.

image is not available
Afgan dan peminat di konsert ' Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur' - Gambar Helmi Anuar

Momen mereka berdua berpelukan itu lantas mengundang sorakan daripada ribuan peminat yang hadir yang rata-rata mereka kelihatan cemburu melihat aksi mesra itu.

Pada konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu, Afgan telah menyampaikan lebih dari 20 buah lagu antaranya lagu 'Bukan Cinta Biasa', 'Jodoh Pasti Bertemu', 'Terima Kasih Cinta', 'Panah Asmara' dan 'Sinaran'. - Getaran, 18 Disember 2022