[VIDEO] Satu Khemah Lap Air Mata Tengok Pengantin Peluk & Dukung Ibu Sampai Menangis

Entertainment
13 Dec 2022 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih sayangnya pasti tidak tertanding biarpun si anak telah menemui pasangan hidup.

Pastinya akan rasa sebak apabila ingin ‘berpisah’ daripada pangkuan ibu jika si anak lelaki sudah memulakan hidup baru seperti seorang pengantin yang tular baru-baru ini. Gugur air mata jantan si anak yang berpakaian songket lengkap ketika hari persandingannya.

Menerusi mStar, difahamkan rakaman video ini dibuat ketika majlis sudah selesai sebab dapat dilihat keluarga pengantin mula berehat di bawah satu khemah.

@asahari.co

Episode 2 : time ni semua tak boleh tahan air mata #fyp

♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version – Sadvibesimage is not available

Apa yang membuatkan netizen tertumpu kepada video yang meraih 3.2 juta tontonan di TikTok ini adalah kerana terharu melihat tindakan si anak memeluk erat dan mendukung ibunya sambil menangis. Ia juga memperlihatkan saudara mara yang menyaksikan detik itu juga turut menitiskan air mata.

 

“Masa ni semua tak boleh tahan air mata. Kasih ibu membawa ke syurga, sayang dia selagi masih ada.”

Biarpun durasi video tersebut agak pendek, ia sudah cukup membuatkan ramai netizen turut rasa sebak. Malah ada yang memuji isteri kepada pengantin itu cukup bertuah kerana dikurniakan jodoh yang penyayang.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga komen netizen yang mengundang rasa pilu kerana telah kehilangan ibu mereka dan mengatakan mereka rindu saat indah bersama arwah ibu ketika berada di sisi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.