Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

26 May 2024 • 4:18 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.

Chee, 55, yang bertugas sebagai pelukis pelan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui sudah sembilan kali menonton filem The Experts.

"Saya berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw. Filem ini bagus, jalan ceritanya menarik, tak klise, suntingan pun cantik. 

"Saya yakin teknologi yang digunakan untuk menghasilkan filem ini pun setanding dengan filem-filem antarabangsa. 

"Biasanya saya akan terus ke panggung wayang untuk menonton filem dan pada hujung minggu pula saya meluangkan masa pada pagi dan malam untuk menonton filem yang sama. 

"Saya target nak tengok 24 kali sama seperti filem Sheriff. Tapi sistem belum buka untuk pembelian tiket minggu akan datang. Sudah semestinya saya akan sokong filem-filem tempatan kita," katanya kepada Gempak.

Lebih mengujakan, Chee turut membingkaikan setiap tiket, kemeja-t yang ditandatangani pelakon-pelakon yang ditemuinya sebagai kenang-kenangan.

"Setiap kali saya membeli tiket dan bertemu dengan artis kegemaran saya, saya akan mengabadikan dalam bentuk bingkai di rumah. Biasanya saya akan berhabis lebih kurang RM500 pula untuk memastikan kualiti dan hasilnya puas hati," tambah Chee.

Kebangkitan filem tempatan