Peminat Dikritik Belanja RM75 Ribu Untuk Tangkap Foto Intim Bersama Mark NCT

Entertainment
30 May 2024 • 11:40 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Memang seronok kalau dapat jumpa idola idaman, tapi kena lah ada batasnya.

Terbaru, peminat Mark NCT127 dikritik apabila mendedahkan dia berhabis sebanyak 16,000 USD (RM75,000) bagi meraih peluang untuk bergambar secara peribadi dan intim bersama idola itu.

Dari pendedahan individu itu di TikTok sendiri, dia berhabis sejumlah wang itu di Mumo Store Japan di mana mereka menawarkan peluang berkenaan sekiranya peminat membeli sejumlah album. Lebih banyak album dibeli, lebih tinggi peluang untuk bergambar bersama mereka.

Komen yang lain,

  • Jadi, bayar lebih, dapat keintiman manusia lain?
  • Kenapa dia rasa dia akan lebih dekat dengan idola kalau buat macam tu?
  • Menakutkan..
  • Kalau nilai macam tu, baik kahwin je!
  • Tiada lelaki yang layak dibayar sebanyak itu.

Tsk tsk..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.