“Dah La Buruk..” – NCT Dikritik Dek Pilih Untuk Kolaborasi Dengan Jenama Diboikot

Music
24 May 2024 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Terkini, jenama air terkenal Starbucks telah mengumumkan koleksi kolaborasi mereka bersama kumpulan K-Pop terkenal NCT.

Pengumuman tersebut kemudiannya telah menjadi topik hangat dikalangan peminat. Terutamanya kerana jenama itu merupakan salah satu jenama yang sedang diboikot ramai.

Malah, netizen turut meluahkan kekecewaan mereka terhadap SM Entertainment dan NCT kerana sanggup untuk menjalinkan kerjasama bersama syarikat yang dengan jelas menunjukkan sokongan kepada Israel.

Tidak berhenti di situ, peminat juga menyeru agar orang ramai untuk tidak menyokong kolaborasi tersebut dan menggesa SM Entertainment menghentikan kolaborasi tersebut.

image is not available

Komen mereka,

  • Saya tak akan beli..
  • Dah la buruk..
  • Semua peminat tolong boikot kolaborasi ini.
  • Jenama ni dah pandai guna idola terkenal untuk promosikan jenama mereka.
  • Kami tak nak beli produk jenama yang diboikot!

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.