Peminat Kena ‘Scam’, Rugi Hampir RM3 Ribu Untuk Tiket Konsert BLACKPINK

EntertainmentSales & Promo
17 Jun 2025 • 2:45 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Reunion mereka setelah sekian lama, peminat pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk jumpa BLACKPINK kan?

Begitu juga dengan seorang ‘Blink’ dari Hong Kong yang sanggup berbelanja sehingga 850 ribu KRW (lebih kurang RM2,647.68), untuk tiket konsert BLACKPINK.

Bagaimanapun, dia telah menjadi mangsa penipuan dan langsung tidak menerima tiket dari penjual yang dijumpai.

image is not available

Khususnya, peminat lelaki itu menemui jualan tiket tersebut menerusi laman Thread dan terus menghubungi penjual melalui Instagram. Namun selepas membuat pembayaran, tiada respon yang diberikan dan terus di’pulau’.

Selepas membuat laporan, polis memberi amaran agar peminat akan lebih berhati-hati apabila membeli tiket atau barangan secara dalam talian dan mengenal pasti terlebih dahulu maklumat penjual.

Haa hati-hati tau korang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.