Peminat Sa Sa, Korang Kena Serbu IOI Mall Putrajaya Untuk Grab Promo Ni

BeautySales & Promo
31 Jul 2025 • 1:30 PM MYT
SenangCite
SenangCite

Kami menyampaikan isu bisnes dan kewangan yang mudah difaham dan kelakar!

Girls pencinta kecantikan! Kitorang tahu korang suka promo so, kitorang nak share dengan korang berita baik.

Sa Sa Beauty Bash 2025 sedang berlangsung dekat IOI City Mall, Putrajaya. Acara ini ada banyak promosi eksklusif, hadiah menarik, dan aktiviti interaktif sesuai untuk semua wanita.

image is not available

💄 Apa Yang Menarik dekat Sa Sa Beauty Bash 2025?

1. Analisis Kulit Percuma & Sesi Konsultasi Kecantikan

Bagi yang ingin memahami jenis kulit dengan lebih tepat, Sa Sa menyediakan analisis kulit secara percuma dan sesi rundingan khas dengan pakar kecantikan untuk mencadangkan produk yang sesuai.

2. Cabutan Bertuah & Aktiviti Interaktif

Lebih daripada RM50,000 nilai hadiah disediakan melalui pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, permainan interaktif, dan sesi “main & menang” yang menyeronokkan.

3. Diskaun Hebat & Produk Eksklusif

Sa Sa mengetengahkan pelbagai jenama kecantikan terkemuka dengan potongan harga istimewa.

Pengunjung juga berpeluang mencuba produk secara langsung sebelum membeli, serta membawa pulang sampel percuma dan hadiah eksklusif.

image is not available

4. Bengkel & Demo Makeup Hujung Minggu

Setiap hujung minggu, acara ini dimeriahkan dengan bengkel solekan, demonstrasi produk dan perkongsian teknik daripada jurusolek profesional.

image is not available

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk rewards diri anda dan alami sendiri kemeriahan Sa Sa Beauty Bash 2025 dari 30 Julai hingga 10 Ogos ini!