Peminat Teruja Nampak Lady Gaga Santai Makan Di Medan Selera

WorldEntertainment
22 May 2025 • 3:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Peminat Teruja Nampak Lady Gaga Santai Makan Di Medan Selera

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila penyanyi antarabangsa terkenal Lady Gaga dilihat menikmati makanan di Medan Selera Maxwell, Singapura.

Kehadirannya pada petang Selasa itu mengejutkan orang ramai, terutama peminat yang tidak menyangka dapat melihat bintang Hollywood itu secara langsung di lokasi yang cukup biasa bagi orang tempatan.

Di dalam video tersebut, kelihatan Lady Gaga tampil dengan gaya ikonik serba hitam, lengkap dengan bodysuit, cermin mata hitam dan but bertapak tinggi.

Bersama rombongannya, dia dilihat menjamu selera dengan pelbagai makanan tempatan termasuk memesan minuman popular Milo Dinosaur dan beberapa botol bir.

image is not available

Foto: TT joelcaptures

Walaupun menarik perhatian pengunjung di sekitar, penyanyi berusia 39 tahun itu tetap tenang dan ramah, melayan peminat yang mendekatinya dan sebelum meninggalkan kawasan medan selera, sekumpulan kecil peminat sempat berkumpul dan bersorak sebagai tanda sokongan.

image is not available

Foto: TT irfanmuahmuah

Selain itu, terdapat juga momen yang mencuri perhatian orang ramai apabila seorang peminat sempat mendapatkan tandatangan Gaga pada rekod vinil album Mayhem miliknya.

Detik itu turut dirakam oleh seorang lagi peminat dan dimuat naik ke TikTok, sekali gus menjadi tular dalam sekelip mata.

Dilaporkan, Lady Gaga berada di Singapura sempena siri konsert eksklusif Asia selain dua lagi persembahan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional pada 21 dan 24 Mei.

Sumber: TikTok (joelcaptures & irfanmuahmuah)