Minta Kemas Meja Selepas Makan, Teguran Wanita Undang Perdebatan Ramai [Video]

20 May 2025 • 6:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perbuatan seperti makan di kedai makan, medan selera atau restoran merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh orang ramai.

Namun tidak semua individu mempunyai kesedaran untuk mengemas semula meja makan khususnya jika berada di restoran makanan segera atau medan selera.

Ini kerana ada yang beranggapan terdapat individu dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja pembersihan dan sebagainya. Walhal tindakan mengemas semula meja makan di tempat awam bukanlah suatu perkara baharu sebaliknya turut dipraktikkan oleh negara luar.

Wanita tegur orang ramai kemas meja makan di restoran makanan segera

Terbaharu, seorang wanita telah menjadi perhatian ramai selepas menegur tindakan segelintir pelanggan yang tidak mengemas dan membuang sisa makanan selepas selesai menjamu selera di sebuah restoran makanan segera.

Menerusi video yang tular di X, awalnya wanita itu memaklumkan dia pula yang terpaksa membersihkan sisa tersebut akibat pemikiran negara kelas ketiga segelintir pihak.

“Aku pula kena jadi tukang bersih. Pemikiran negara kelas ketiga betul orang kita.

“Tolonglah lepas makan tolong kemas macam ni (tunjuknya membuang bekas makanan) . Senang je. Tak sampai 10 saat,” ujarnya dalam video berkenaan.

Banyak meja pelanggan tinggalkan dengan sisa makanan, teguran undang perdebatan

Dalam video sama, wanita itu turut menunjukkan beberapa meja yang terdapat bekas makanan, dulang serta sampah sarap yang tidak dibuang oleh pelanggan selepas menjamu selera di restoran berkenaan.

Teguran wanita itu bagaimanapun telah mencetus perdebatan serta pelbagai reaksi di laman X apabila ada yang bersetuju dan sebaliknya.

Ada yang berpendapat restoran makanan segera itu mempunyai pelayan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk membersihkannya.

Tidak kurang juga merasakan itu bukan tanggungjawab mereka memandangkan sudah membayar ‘service charge’ (cas perkhidmatan) sewaktu membuat pembayaran.

Malah ada mempersoalkan dimanakah pekerja pembersihan restoran makanan segera itu yang sepatutnya membersihkan meja-meja tersebut.

Ada yang berpendapat ia adalah mentaliti dan didikan

Namun ada yang merasakan perkara itu adalah disebabkan individu berkenaan tidak dididik untuk mengemas semula meja selepas makan.

Selain itu, ada yang mengatakan ia adalah ‘common sense’ untuk mengemas semula meja selepas menggunakannya agar ia memudahkan pelanggan lain untuk makan.

Ada juga mengatakan rakannya dari Singapura turut terkejut apabila mereka hanya meninggalkan meja makan tanpa mengemasnya kerana di negara mereka tindakan itu boleh dikenakan saman sebanyak 100SGD (RM331).

“Biar lah, memang kerja pelayan kemaskan meja”

image is not available

“Aku bawa kawan Singapura makan kedai biasa. Lepas makan aku ajak dia gerak. Dia dah cemas, tanya tak perlu angkat ke? Aku cakap kalau restoran biasa tak perlu angkat. Dia cakap kalau dekat Singapur kena saman 100SGD.”

image is not available

“Mentaliti, aku memang didik anak buang sendiri ya. Pernah kerja part time jadi faham sangat mentaliti pelanggan ‘kerana kami bayar'”

image is not available

“Nak tolong kemas buat sahajalah, tak perlu nak bagitahu satu dunia. Ni mesti hidup dia selalu nak pujian..”

image is not available