Peminat Teruja! Sofyank Umum Kolaborasi Video Kesan Khas Seterusnya Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave

Entertainment
6 Jun 2023 • 5:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pereka kandungan digital Malaysia yang terkenal, Mohamad Sofian Abdullah atau Sofyank sekali lagi mencipta sejarah apabila bakal berkolaborasi bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.

Sofyank sebelum ini menimbulkan tanda tanya warganet apabila membuat satu hantaran video menerusi akaun twitternya @sofyank96.

Beliau meminta netizen meneka pelakon yang bakal muncul dalam video kesan khas terbarunya nanti.

“Korang dapat teka tak siapa? Clue dia: salah seorang pelakon action yang power,” ciapnya di Twitter.

Kolaborasi Bersama Netflix, Chris Hemsworth & Sam Hargrave Muncul Dalam Video Terbaru

Tiada lagi rahsia, Sofyank pada hari ini memuat naik satu gambar sebagai jawapan kepada videonya yang terdahulu.

Foto itu memaparkan Sofyank sedang memegang fail Extraction 2 serta gambar Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.

Menerusi ciapannya di twitter, beliau secara rasminya memaklumkan akan menghasilkan satu video kesan visual yang terbaru menampilkan Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.

Beliau mengakui gementar kerana penggambaran perlu dibuat bersama kedua-dua artis sekali gus.  

Namun, pada masa yang sama, Sofyank meminta agar warganet mendoakan beliau tidak gagap apabila berhadapan dengan kedua-dua artis hebat itu.

Rata-rata warganet amat gembira dengan kolaborasi terbarunya. Kebanyakannya mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan beliau berjalan dengan lancar.

Malah, ada diantara netizen yang bangga dengan pencapaian yang dikecapinya itu sehingga kini.

Berikut antara komen netizen:

image is not available

image is not available

Mantap! Fly High, Sofyan, Continue To Make Us Proud!

image is not available

image is not available
Foto: Twitter @Sofyank96

Untuk info, Sofyank sebelum ini telah bekerjasama dengan artis antarabangsa antaranya seperti Will Smith dan Paul Rudd serta pencipta video digital terkenal iaitu Zachking.

Malah, beliau juga telah memenangi pertandingan ‘Ultimate VFX Challenge-Magic of The Month di Los Angeles Amerika Syarikat (AS) anjuran Zach King pada 21 April lalu.

Source: