Pemindahan ladang khinzir ke Bukit Tagar perlu moden, elak pencemaran berlaku – Mat Sabu

LocalPolitics
16 Jan 2026 • 4:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebarang usaha pemindahan ladang khinzir ke lokasi baharu, termasuk cadangan di Bukit Tagar perlu mematuhi kriteria ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan Buletin TV3, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan tiada halangan terhadap cadangan tersebut, namun perlu menggunakan kaedah penternakan moden bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar berlaku.

Pemindahan ladang khinzir

image is not available

“Sebarang perpindahan itu kita tahu dia perlu memenuhi kehendak alam sekitar. Maka kalau didapati bahawa di Bukit Tagar itu didapati lebih sesuai dengan persekitarannya maka kita di peringkat Persekutuan tidak ada masalah dengan apa yang nak dibuat oleh kerajaan negeri.
“Ia mesti pergi kepada permodenan untuk mengelakkan pencemaran. Dan kalau ianya dilakukan dengan sistem yang moden tidak berlaku pencemaran yang berleluasa maka kita pihak Perlembagaan, pihak KPKM mengalu-alukan apa yang dilakukan di Selangor itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu hari ini.

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan penternakan khinzir akan bertukar kepada sistem moden bagi menggantikan secara tradisional di Selangor selepas pusat penternakan baharu di Bukit Tagar beroperasi tahun hadapan.

Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, tindakan itu diambil selepas mendapati mencemarkan bau dan air sungai.

Sumber: Buletin TV3 (Syafiqah Damanhuri)