Peminta dUCk Scarves Sedih, Rakam Suasana Hari-Hari Terakhir Kedai Vivy Yusof

LocalBusiness & Finance
29 May 2025 • 11:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Vivy Yusof Duck

Usahawan terkenal, Vivy Yusof dilaporkan telah menutup kedai fizikal dUCk Scarves susulan isu pecah amanah yang membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut perkongsian TikTok daripada seorang peminat tegar, kedai dUCk yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur kini dalam hari-hari terakhir operasinya sebelum ditutup sepenuhnya menjelang Mei.

Melawat hari-hari terakhir The dUCk Scarves. Lepas ini tak tahu nak hunting tudung apa pula.

Ramai kecewa, tapi tetap puji kualiti

@siscomelcute

detik2 hari berlalu di The duck scaves pavilion..pasni tak tau nk hunting tudung apa pula ye .#vivy #duck #duckscarves #vivyyusof

♬ Just A Girl – No Doubt

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai pengguna meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan penutupan jenama tudung premium ini. Walaupun harganya agak mahal, ramai tetap mengakui bahawa kualitinya memang tip-top!

Memang mahal tapi puas hati. Sayang sangat nak tutup.

Isu pecah amanah jadi titik peralihan

image is not available

Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, sebelum ini dikaitkan dengan pertuduhan pecah amanah melibatkan dana dari Khazanah dan PNB melalui platform e-dagang.

Sejak tercetusnya isu berprofil tinggi itu, Vivy dilihat mengambil langkah lebih tertutup, tanpa lagi berkongsi kisah peribadi seperti sebelum ini.

Pssttt! Reputasi dalam dunia perniagaan umpama kain putih. Sekali tercalar, sukar dipulih. Hati-hati dalam setiap langkah, terutama bila membawa nama besar.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.