“Peminta Sedekah Simpan Duit Dalam Plastik, Siap Baling Bagi Orang Kutip – Netizen Dedah ‘Bisnes’ Mengemis”

16 Oct 2025 • 10:33 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR – Satu perkongsian di TikTok oleh pengguna @rizalct1980 mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan taktik licik segelintir peminta sedekah yang didakwa menyimpan wang derma dalam plastik sebelum membalingnya kepada individu lain.

Lebih menyedihkan, peminta sedekah terbabit turut dilihat membawa seorang bayi kecil ketika menjalankan kegiatan itu, dipercayai bagi meraih simpati orang ramai.

Duit disimpan dalam plastik, ada yang datang kutip

Menurut penceritaan dalam video berkenaan, setiap kali plastik yang diisi dengan wang derma itu penuh, peminta sedekah tersebut akan membalingnya ke arah tertentu sebelum seorang individu lain datang untuk mengutipnya.

Perkongsian itu mengejutkan ramai pengguna media sosial yang sebelum ini tidak menyangka ada taktik sebegitu digunakan.
Seorang netizen menulis, “Rupanya dia masukkan duit dalam plastik tu… lepas tu dia campak ke belakang, ada orang kutip. Baru tahu.”

Bayi didakwa diberi ubat supaya tidur

Lebih menyentuh hati, netizen turut mendakwa bayi kecil yang dibawa bersama itu mungkin diberi ubat agar terus tidur sepanjang aktiviti mengemis berlangsung.
Seorang pengguna menulis, “Percaya atau tidak, baby tu diberi ubat batuk supaya terus tidur sepanjang ‘bisnes’ mengemis berjalan.”

Hasil mengemis mencecah ribuan ringgit

Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah mendengar kisah lama tentang seorang pengemis warga emas yang mampu memperoleh pendapatan lumayan setiap hari.
“Dulu ada pakcik ni duduk depan bank, sehari boleh dapat RM1,000. Siap beli telefon baru lagi. Bos yang selalu bagi makan dekat dia pun terkejut,” kongsi seorang lagi pengguna.

Netizen risau dan mahu lapor

Susulan pendedahan itu, ramai yang mula tertanya-tanya bagaimana cara untuk melaporkan kegiatan seumpama ini kepada pihak berkuasa.
“Macam mana nak report ya? Boleh ajar tak, atau report polis je?” tulis seorang netizen yang prihatin.

Namun dalam masa sama, ada juga yang sempat berseloroh, “Kalau dia campak duit tu, panggil saya bang. Nak standby.”

Fenomena peminta sedekah yang menggunakan pelbagai taktik demi meraih simpati bukanlah perkara baharu. Namun, perkongsian ini sekali lagi membuka mata masyarakat agar lebih berhati-hati dan bijak menilai sebelum menghulurkan derma, kerana tidak semua yang kelihatan susah benar-benar memerlukan bantuan.

Diharapkan pihak berkuasa dapat memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap individu atau sindiket yang mempergunakan kanak-kanak dan bayi untuk tujuan mengemis. Langkah penguatkuasaan yang lebih serius perlu dilakukan bagi memastikan kegiatan seperti ini tidak terus berleluasa di jalanan. – The Malaysian Update

The post “Peminta Sedekah Simpan Duit Dalam Plastik, Siap Baling Bagi Orang Kutip – Netizen Dedah ‘Bisnes’ Mengemis” appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article