Pempengaruh buat laporan polis, dakwa terima komen negatif & laksa tak sedap

LocalEntertainment
3 Nov 2024 • 7:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pempengaruh buat laporan polis berhubung situasi yang dialaminya bersama isteri ketika menjalankan perniagaan laksa di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

Pempengaruh Syed Muhammad Shah Hasif atau lebih dikenali Prince Syed membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada jam 5.40 pagi tadi.

Pempengaruh buat laporan polis

Laporan yang dibuat oleh pempengaruh berusia 32 tahun itu turut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman.

Menurut Samsulmuddin Sulaiman, laporan tersebut dibuat adalah bagi menafikan tomahan serta tuduhan yang dibuat ke atas pempengaruh itu serta perniagannya.

“Pengadu (Prince Syed) juga tidak puas hati dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.
“Ia juga bagi membersihkan kembali nama pengadu dan nama peniagaannya dari tomahan terutama dalam media sosial,” katanya.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial daripada individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa kononnya laksa dijual pempengaruh itu kurang enak jika hendak dibandingkan dengan peniaga tempatan lain di pulau berkenaan.

Sementara itu, pempengaruh berkenaan memuat naik video di media sosial dan menjelaskan laporan itu dibuat bertujuan mempertahankan diri dan menjernihkan keadaann.

“Kami minta maaf dan ampun kepada seluruh warga Langkawi sebab kehadiran kami. Kepada semua yang posting video dan sebut nama kami yang tidak tahu cerita apa, kami berbesar hati sebenarnya jika mahu berjumpa untuk tahu apa yang jadi.
“Saya harap perkara ini kita hentikan dan kita tutup cerita, kami akan keluar dari sini jangan risau. Terima kasih kerana memberi kami tumpang niaga di Langkawi,” katanya.

image is not available

Video penuh:

@prince.syed.shahid

Kami minta maaf dan ampun kepada selurih WARGA LANGKAWI , mungkin kehadiran kami disini …………….. minta maaf sangat ya semua , kepada semua yang posting video dan sebut nama kami yang tidak tahu cerita apa2 , kami berbesar hati sebenarnya jika mahu berjumpa untuk tahu apa yang jadi , tu sahaja apa pon kami sayang semua warga LANGKAWI , saya harap perkara ini kita hentikan dan kita tutuo cerita , kami akan keluar dari sini jangan risau terima kasih kerana memberi kami tumpang niaga di Langkawi

♬ original sound - Prince Syed Fatin Jaeden Haifa - Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

Jangan putus asa, abaikan komen negatif

Rata-rata warganet juga tidak henti memberi kata-kata semangat buat pasangan suami isteri ini agar tidak berputus asa mencari rezeki.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @prince.syed.shahid & @faiz.aizif, BH Online (Hamzah Osman)