
Pempengaruh terkenal Elcah mencuri perhatian netizen apabila meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita cantik yang dikatakan cuba menggoda suaminya.
Dalam satu hantaran panas di Threads, Elcah mendedahkan wanita tersebut bukan sahaja mengajak suaminya ke rumah, malah berani memeluk dan cuba masuk bilik bersama.
Luah Elcah penuh kecewa,
Memang tak malu ke ajak suami orang datang rumah, lepas tu peluk-peluk suami aku nak masuk bilik?
Lebih mengejutkan, Elcah turut mendakwa wanita itu bangga kerana pernah menggoda pelakon terkenal yang juga merupakan bekas suami seorang pelakon wanita popular.

Namun, tak lama selepas itu, Elcah mengambil keputusan untuk memadam Threads berkenaan. Katanya, dia tidak mahu pelaku berkenaan mendapat perhatian dari orang ramai.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang dapat dipastikan lagi setakat ini.
Dedah Suami 'DM' Perempuan Lain, Elcah Mohon Maaf - "Saya Terlalu Emosi, Saya Akui.."
The post Pempengaruh Dakwa Wanita Cuba Goda Suami, Pernah Tular Jadi Punca Pasangan Selebriti Bercerai? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


