Pempengaruh Dan Usahawan Kini Bertarung Nyawa, Alami Komplikasi Placenta Accreta

LocalFamily & Parenting
24 Jun 2026 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli berkongsi perkembangan terkini bekas adik iparnya, Anes Ayunie yang mengalami komplikasi placenta accreta selepas bersalin.

Menerusi hantaran di Threads, Iqbal memaklumkan Ayunie telah selamat melahirkan bayinya, namun berdepan situasi cemas yang mengancam nyawa.

Advertisement

f

Menurut Iqbal, doktor terpaksa membuang rahim Ayunie selepas berlaku pendarahan serius yang tidak berhenti.

Namun, akibat pendarahan yang tidak berhenti dan dianggarkan melebihi tiga liter, pakar terpaksa melakukan pembedahan kali kedua serta membuang rahim bagi keselamatan nyawa.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang rasa kurang senang segelintir warganet yang mendakwa Iqbal berkongsi keadaan Ayunie tanpa keizinan dirinya dan keluarga.

Susulan itu, Iqbal tampil menjelaskan bahawa dia hanya memuat naik perkembangan tersebut selepas pihak lain terlebih dahulu berkongsi mengenainya di media sosial.

“Setelah ada orang lain update dulu barulah saya update. Kalau mereka tidak update di media sosial, saya pasti tidak sesekali update.”

Tambah Iqbal, perkongsian itu dibuat kerana ramai yang menunggu perkembangan terkini mengenai keadaan Ayunie selepas bersalin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Pempengaruh Dan Usahawan Kini Bertarung Nyawa, Alami Komplikasi Placenta Accreta2026-06-24 12:55:57

Kakak Umisya Titip Doa Buat Marissa, Mohon Hormati Keputusan Perceraian - "Moga Allah Ampuni Kamu.."

The post Pempengaruh Dan Usahawan Kini Bertarung Nyawa, Alami Komplikasi Placenta Accreta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved