Pengorbanan Seorang Ibu! Alami Komplikasi Placenta Accreta, Rahim Ayunie Terpaksa Dibuang

LocalHealth & Fitness
24 Jun 2026 • 2:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus melahirkan cahaya mata.

Perkembangan itu dikongsikan Iqbal menerusi hantaran di Threads apabila memaklumkan Ayunie selamat melahirkan bayi, namun berdepan komplikasi serius yang mengancam nyawanya.

Menurut Iqbal, wanita itu mengalami pendarahan berterusan yang dianggarkan melebihi tiga liter selepas bersalin sehingga memaksa pakar perubatan melakukan pembedahan kali kedua.

Image from: Pengorbanan Seorang Ibu! Alami Komplikasi Placenta Accreta, Rahim Ayunie Terpaksa Dibuang

Katanya, demi menyelamatkan nyawa Ayunie, doktor turut mengambil keputusan untuk membuang rahim wanita berkenaan.

“Alhamdulillah, bayi berjaya dilahirkan dengan selamat.
“Namun, akibat pendarahan yang tidak berhenti dan dianggarkan melebihi tiga liter, pakar terpaksa melakukan pembedahan kali kedua serta membuang rahim bagi keselamatan nyawa,”kongsi Iqbal.

Dalam pada itu, Iqbal turut memaklumkan Ayunie telah sedar dan kini berada dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, suami Ayunie, Amirul Hakim berkata isterinya berjaya mengharungi detik-detik mencemaskan tersebut dan sedang menerima rawatan lanjut di ICU.

Image from: Pengorbanan Seorang Ibu! Alami Komplikasi Placenta Accreta, Rahim Ayunie Terpaksa Dibuang

Artikel lain: Dua Kali Hamil, Dua Kali Suami Hadiahkan Rumah! Pempengaruh Syukur -“Tiada Sehari Rasa Tak Bahagia”

Dalam masa sama, beliau meluahkan rasa syukur dan terharu dengan doa serta sokongan yang diberikan orang ramai kepada isterinya meskipun ramai tidak mengenali mereka secara peribadi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan agar Ayunie terus diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan pemulihannya.

Sumber: Threads lucasssooo_

The post Pengorbanan Seorang Ibu! Alami Komplikasi Placenta Accreta, Rahim Ayunie Terpaksa Dibuang appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved