Pempengaruh direman tujuh hari bantu siasatan kes rogol

13 Jul 2026 • 3:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pempengaruh direman tujuh hari bantu siasatan kes rogol
Perintah reman terhadap lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Kangar hari ini. Gambar hiasan

KANGAR - Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan merakam gambar pornografi seorang remaja perempuan bawah umur, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, perintah reman terhadap lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Yusharifuddin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 17 Jun selepas suspek didakwa membawa mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan ke sebuah rumah sewa di sini.

"Suspek juga dipercayai merakam gambar mangsa semasa kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah di sini hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved