Pempengaruh Fatin Nabila Maklum Diceraikan Januari Tahun Lalu – “Enam Bulan Saya Trauma, Mimpi Dipukul Dan Dihina”

LocalEntertainment
24 Nov 2025 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian terbaharu pempengaruh Islamik, Fatin Nabila, di Instagram meraih perhatian ramai selepas dia mendedahkan dugaan besar yang menimpanya sepanjang tahun 2025.

Ramai tidak menyangka, di sebalik imej lembut dan perkongsiannya yang penuh nasihat, Fatin rupa-rupanya pernah mendirikan rumah tangga sebelum bergolak dan akhirnya diceraikan pada awal tahun ini.

Advertisement

image is not available

Dalam posting IG yang dimuat naik berserta trend “2025 will be my year”, Fatin menceritakan kisah sebenar:

Tetapi apa yang Allah izinkan ialah, saya terima lafaz perceraian pada 1 Januari 2025. Mengalami banyak kehilangan sampai alami sesak dada setiap malam untuk selesaikan masalah.

Fatin turut berkongsi bahawa dia berdepan kerugian besar dari segi kewangan pada masa yang sama.

Alami kerugian lebih RM400,000 pada awal tahun 2025. Yang lain biarlah saya simpan sendiri.

Walaupun tidak memperincikan punca kerugian tersebut, Fatin mengakui ia merupakan antara cabaran paling berat dalam hidupnya.

Dalam pada itu, Fatin melihat semua ujian tersebut sebagai proses pembentukan diri.

Setiap ujian adalah asbab untuk saya menjadi lebih matang.

Perkongsiannya mendapat sokongan padu daripada para pengikut yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar Fatin dipermudahkan urusan serta dikurniakan jodoh yang baik di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-24 09:41:03

"Pejabat Agama Mana Luluskan Ni?" - Bekas Atlet Kena 'Anxiety Attack' Lihat Foto Perkahwinan Bekas Suami, Dakwa Idah Talak Belum Tamat

The post Pempengaruh Fatin Nabila Maklum Diceraikan Januari Tahun Lalu – “Enam Bulan Saya Trauma, Mimpi Dipukul Dan Dihina” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.