Jofliam Buat Video Tunjuk Kualiti Daging Wagyu, Lain Pula Komen Netizen – “Kenapa Nampak Menggelikan?”

18 Nov 2025 • 8:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan pempengaruh, Jofliam, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi video piza Wagyu yang dibuatnya di Insta Story.

Dalam video tersebut, Jofliam dilihat mencuba piza hasil air tangannya sambil memuji kelembutan daging dan doh piza yang katanya “perfect”.

Advertisement

image is not available

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai bukanlah rasa piza itu… tetapi cara Jofliam mengambil dan makan piza berkenaan. Ramai netizen menganggap gayanya agak janggal dan kurang menyelerakan.

Selain itu, warganet turut mempersoalkan rupa piza tersebut yang disifatkan lembik, pucat,dan kurang menyelerakan, jauh berbeza daripada pujian yang diberikan oleh Jofliam sendiri.

image is not available

Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah berdepan kritikan berkaitan harga piza yang mahal serta dakwaan menggunakan daging batang pinang. Namun dia menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa produknya menggunakan 100% daging Wagyu.

Apa pendapat anda? Sedap ke tak sedap, atau video tu yang buat nampak pelik?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-17 20:12:49

'Tiada Isu Suami 'Dimadukan', Cuma Kes Wanita Bersekedudukan Dengan bekas Suami' - JHEAIK