Seorang pempengaruh kosmetik, Farhana Zahra atau lebih dikenali sebagai Cikna, mencuri perhatian selepas mengumumkan mahu menjual motosikal Yamaha RXZ Catalyzer miliknya pada harga RM1 juta.
Farhana mendakwa motosikal berwarna merah itu masih belum pernah didaftarkan, stok lama keluaran asal kilang (NOS), dan merupakan satu-satunya unit seumpamanya di Malaysia. Katanya, kenderaan itu dibeli setahun lalu dengan harga RM146,000.
Baca juga:
Harga RM1 juta, bidaan mencecah RM30 juta
Menurut Cikna, tawaran RM1 juta dianggap wajar memandangkan nilai unik motosikal tersebut.
“Siapa kata RM1 juta mahal, demo tak kenal bare (barang),” katanya.
Menariknya, semasa mempromosikan motosikal itu di TikTok, beliau mendakwa ada peminat yang sanggup membuka harga sehingga RM30 juta, sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada ia benar-benar transaksi atau sekadar gimik.
Pukul 9 malam ni okay ! Kita tengok siapa buyer kita malam ni ! #farhanazahra91 #cikna #farhanazahra
Netizen persoal kewajaran
Pengumuman itu mengundang pelbagai reaksi. Ada pengguna mengecam tindakan meletakkan harga terlalu tinggi dan menganggapnya tidak masuk akal.
“Mengarut, tak berbaloi beli sampai RM1 juta, baik ambil Lamborghini atau Harley Davidson,” komen seorang netizen.
Namun, sebahagian lain berpendapat ia mungkin sekadar strategi konten untuk menarik perhatian dan menaikkan engagement di media sosial.
Sumber: Kosmo, TikTok Farhana Zahra
The post Pempengaruh jual RXZ rare RM1 juta, ada peminat sanggup bida RM30 juta? appeared first on The Reporter.



