Pempengaruh larian Korea Selatan rebah 500 meter dari garisan penamat

16 Oct 2026 • 11:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pempengaruh larian Korea Selatan rebah 500 meter dari garisan penamat

SEOUL – Seorang pempengaruh dan pelajar universiti warga Korea Selatan berumur 25 tahun meninggal dunia selepas rebah hanya 500 meter dari garisan penamat  dalam larian separa maraton, Seoul Race 2026, lapor laman berita Mothership.

Acara itu berlangsung pada 11 Oktober lalu. Menurut akhbar Chosun Daily dan Chosun Biz, Yu Ji-won sedang bertanding dalam kategori separa maraton pada jarak kira-kira 21.1km.

Dia  rebah kira-kira pukul 8.49 pagi  dan diberikan rawatan perubatan di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Jawatankuasa penganjur menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya dan  menyatakan akan menyiasat insiden itu. – AGENSI 

 

The post Pempengaruh larian Korea Selatan rebah 500 meter dari garisan penamat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved