Pempengaruh Media Sosial Didenda RM2,000 Tumbuk Pekerja Restoran OKU

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 4:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pempengaruh Media Sosial Didenda RM2,000 Tumbuk Pekerja Restoran OKU

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Seorang pempengaruh media sosial didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk seorang pekerja restoran makanan segera yang juga orang kurang upaya (OKU), tahun lepas.

Majistret Amira Sariaty Zainal menjatuhkan hukuman itu ke atas pempengaruh berusia 41 itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Ibu kepada tiga anak dan bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rani Arumugam, 45, dengan menumbuk wanita itu di sebuah restoran makanan segera di Serdang Raya, Seri Kembangan dekat sini pada 4 petang, 8 Dis 2025.

Baca juga:

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Ahmed Khabir Abdul Rahman manakala tertuduh diwakili peguam G. Devaneson dan peguam Lavendran Nair hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak mangsa.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad dilaporkan berkata mangsa mengalami lebam di pipi kiri dan bibir akibat kejadian itu.