Pempengaruh Mohon Maaf Rakam Video ‘Bergurau’ Ketika Nyanyi Lagu Negaraku

Entertainment
11 Aug 2025 • 3:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh Choo Hao Ren tampil memohon maaf susulan tular video yang memperlihatkan dirinya sedang bergurau ketika menyanyikan lagu Negaraku di sebuah acara.

Menurut sumber, Hao Ren mengakui perbuatannya itu tidak wajar serta menzahirkan rasa kesal. Katanya dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya, lagu Negaraku sepatutnya dinyanyikan dengan penuh rasa hormat dan dia berjanji untuk berkelakuan lebih baik pada masa hadapan.

Difahamkan, rakaman itu diambil ketika Hao Ren menghadiri Festival Cuckoo bersama rakan-rakannya pada 8 Ogos lalu.

Video berkenaan memaparkan dia memegang telefon sambil bergurau ketika lagu kebangsaan dimainkan, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

image is not available

Dr Akmal Saleh mahu tindakan dikenakan

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menggesa hukuman berat dikenakan terhadap pempengaruh berkenaan kerana dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.

“Kali ini nyanyikan lagu Negaraku secara main-main pula.

“Sudah buat dulu, baru minta maaf! Ini bukan soal bangsa atau parti politik mana, ini soal bagaimana seorang rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungjawab utama untuk menghormati negara ini.

“Sebab itu kita mahukan satu hukuman yang berat kepada petualang sebegini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Katanya lagi, bukan sembarangan mahu memperbesarkan isu tetapi tegasnya negara perlu dihormati dan bukannya diperlekehkan.

Sumber: FMT, Facebook

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.