Pempengaruh Muka Gangster Kongsi Momen Sebak Ibu Peluk Islam – “Hebat Kuasa Allah”

7 Nov 2025 • 11:27 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Nama pempengaruh TikTok, Muhammad Mikhael Sathayah atau lebih dikenali sebagai Muka Gangster, kembali mencuri perhatian selepas memuat naik video penuh emosi yang memperlihatkan ibunya, M Muniamah, 75, mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam.

Muka gangster bersyukur ibu peluk Islam

image is not available

Video berdurasi 38 saat itu yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya disertakan kapsyen,

“Hebat kuasa Allah. Terima kasih Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Hidayah milik Allah.”

Artikel lain: 10 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam, Kini Bergelar Mualaf Selepas Terima Hidayah

Dalam rakaman tersebut, Muniamah yang mesra digelar Mak Titew dilihat tenang melafazkan syahadah sambil disaksikan oleh Muhammad Mikhael dan isterinya.

image is not available

Sebaik selesai melafazkan kalimah suci itu, Mak Titew memeluk menantunya dan mencium pipi anak lelakinya dalam suasana penuh kasih sayang, sekali gus mengundang sebak dalam kalangan penonton.

Muhammad Mikhael yang memeluk Islam sejak tahun 2018 sememangnya dikenali di TikTok kerana sering berkongsi video bersama ibunya. Gelagat mereka yang lucu dan spontan menjadikan pasangan anak-ibu ini antara yang paling digemari di platform tersebut.

Perkongsian terbaru itu menerima ribuan tontonan dan ucapan tahniah daripada orang ramai yang tersentuh dengan momen bersejarah tersebut. Ramai mendoakan agar Mak Titew terus istiqamah dan diberi ketenangan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

image is not available

Bagi Muhammad Mikhael, momen ini bukan sekadar tentang perubahan agama ibunya, tetapi juga tentang kasih, doa dan kesabaran seorang anak yang akhirnya melihat hidayah Allah hadir dalam cara paling indah.

Walaupun masuk Islam, dia takkan tinggalkan mak

image is not available

Menangis aku tengok

image is not available

Macam bayi baru lahir

image is not available

Allahuakhbar.. Alhamdulillah

image is not available

Sumber: TikTok @mukagangster

The post Pempengaruh Muka Gangster Kongsi Momen Sebak Ibu Peluk Islam – “Hebat Kuasa Allah” appeared first on Borak Daily.