Pempengaruh Nafi Hina Fizikal Pembantu Rumah, Tampil Beri Penjelasan Isu Video Tular Anak Jatuh

Entertainment
15 Apr 2025 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular satu isu apabila ada pempengaruh meluahkan rasa terkilan dan marah terhadap pembantu rumahnya yang dianggap cuai dalam menjaga keselamatan anak.

Video tersebut memaparkan anaknya itu terjatuh lalu dihempap oleh katil dan tilam sebelum diselamatkan oleh pembantu rumahnya. Difahamkan pada waktu itu, pempengaruh tersebut memerhatikan dari jauh kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun video tersebut dilihat telahpun dipadamkan, namun isu ini tetap menjadi buah mulut netizen berhubung kenyataannya yang dikatakan agak keterlaluan. Dalam satu lagi video timbul satu lagi satu kata-kata yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Difahamkan, ini kerana tindakan pembantu rumah itu yang dianggap agak menjijikkan baginya seperti yang dilihat seperti dalam video di atas.

Menurut netizen, tindakannya itu dilabel sebagai ‘body shamming’ terhadap pembantu rumahnya dan ada yang cuba ungkit penampilannya sebelum ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Terpanggil dengan segala kecaman itu, pempengaruh yang dikenali sebagai Mia Azahar ini tampil memberikan respon. Menerusi TikTok miliknya, Mia Azahar menjelaskan bahawa, dia marah kerana melihat anaknya yang berumur setahun 9 bulan itu jatuh terlentang sehingga kepala anaknya itu terhantuk di atas lantai dan ia tidak dimaklumkan kepada dirinya.

“Dia tak beritahu mak mentua aku pun, sedangkan mak mentua aku ada kat dalam rumah ni, tengah jaga bayi dalam bilik.”

Jelas Mia, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi dan dapat ketahui perkara ini pada jam 10 pagi selepas dia memeriksa CCTV. Apa yang membimbangkan dirinya lagi, umur anaknya yang di bawah 2 tahun itu mempunyai risiko kecederaan dalaman.

Selain menjelaskan isu mengenai hal-hal dalaman rumah, Mia juga ada menjelaskan mengenai gelaran ‘kepam’ yang dia berikan terhadap pembantu rumahnya yang menjadi perhatian netizen. Mia menjelaskan bahawa, pembantu rumahnya itu dilihat tidak menjaga kebersihannya dengan elok, bukan sebab fizikal.

@miaazahar

Hi everyone, this video might be long. If you nak terima, terima. If tk boleh terima, then let it be. Tp jgn lah melampau sgt sampai buat video fitnah utk org lain join the hate wagon

♬ original sound – Mia Azahar – Mia Azahar

Sebagai ibu, mungkin MIa Azhar terlalu risaukan keselamatan anaknya.

Sumber : TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.