Pemuda berjalan kaki dari Perancis ke Masjid Al-Aqsa

19 Apr 2023 • 10:31 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

BAITULMAQDIS: Seorang pemuda Muslim Perancis, Neil Dauxois, 26, telah berjaya dalam pengembaraannya berjalan kaki sejauh 3,900 kilometer untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

Lelaki berketurunan Algeria itu, berangkat dengan berjalan kaki dari Perancis 10 bulan lalu untuk sampai ke Masjid Al-Aqsa semasa bulan suci Ramadan.

Neil Dauxois disambut mesra oleh ramai penduduk Palestin di Baitulmaqdis sejurus berita tentang pengembaraannya tersebar di media.

image is not available

“Semasa saya di Türkiye, orang ramai sangat baik dan peramah. Jika bukan kerana bantuan mereka, saya pasti berputus asa”.

“Saya menghadapi lebih banyak kesukaran di tempat di mana orang tidak mesra,” katanya.

Dauxois mengembara melalui Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Greece, Cyprus dan Jordan.

Dia memberitahu agensi media Anadolu bahawa pengembaraannya, kadang-kadang bagus, tetapi kadang-kadang sangat sukar.

Bercakap tentang ketika sukar yang dihadapinya berjalan melalui kawasan beriklim sejuk.

image is not available

“Sendirian, saya berjaya melalui banyak tempat dengan selamat, terima kasih kepada penduduk tempatan yang baik hati. Saya tidak boleh melakukannya tanpa mereka.”

“Ramai rakyat Palestin di sini menjemput saya ke rumah mereka; Saya sangat terkejut, namun sangat gembira.”

“Ibu saya bimbang, tetapi selepas melihat saya dalam video di media sosial, dia memberitahu saya dia bangga dengan saya,” kata pemuda itu, sambil menambah bahawa matlamat seterusnya adalah untuk berjalan kaki menunaikan haji di Mekah dalam masa sebulan setengah.