Pemuda buat kelainan pecah rekod nasi kandar, keluarkan RM450 belanja orang makan!

LocalFood
26 Sep 2024 • 11:33 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pemuda buat kelainan apabila sanggup mengeluarkan wang berjumlah RM450 untuk membelanjakan 30 orang pelanggan di restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) yang terletak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pekerja di restoran terbabit di laman Facebooknya dimana tindakan anak muda itu telah berjaya memecah rekod baharu selepas duit yang dibelanjakan bukan buat diri sendiri sebaliknya untuk kebaikan orang lain.

Difahamkan anak muda itu merupakan pemilik Nasi Maqlubah, namun hanya menjalankan perniagaan ketika event sahaja.

Pemuda buat kelainan

image is not available

“RM450, pecah rekod! Anak muda kita ini belanja 30 pinggan nasi kandar kepada pelanggan yang datang ke NKS.

“Lauk nasi ayam + sotong mengandung, 30 orang dapat menikmati lauk ini. Beliau ini owner Nasi Maqlubah. Beliau meniaga ketika ada event sahaja.

“Masya-Allah terbaik beliau ada hati buat rekod seperti ini dengan belanja 30 orang. Kita lagi suka tengok orang datang buat rekod seperti ini. Pahala pun dapat pelanggan lain pun dapat makan. Terbaik!” katanya.

Pemuda buat kelainan

image is not available

image is not available

image is not available

Ini baru betul, sama-sama berkongsi rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada pemuda berkenaan yang bermurah hati berkongsi rezeki kepada orang lain.

Bukan itu sahaja, tindakan pemuda tersebut perlu dijadikan contoh yang baik kerana perbuatannya ia dapat memberi manfaat serta kebaikan kepada umum terutamanya untuk insan memerlukan.

image is not available image is not available

Semoga dimurahkan rezeki selalu, dipermudahkan urusan

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar perniagaan pemuda tersebut berkembang maju dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan selalu.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, pembelian itu secara tidak langsung mengalahkan rekod seorang pemuda dari Yan, Kedah yang menikmati hidangan pada harga RM372 di restoran yang sama pada 31 Ogos lalu dalam tempoh satu jam 15 minit.

Sumber: Facebook @Nasi Kandar Sulaiman