Pemuda cabar pecat keseluruhan menteri, timbalan daripada UMNO

LocalPolitics
30 Apr 2026 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Akmal Saleh

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mencabar untuk memecat keseluruhan menteri dan timbalan menteri daripada parti itu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau mahu melihat sama ada terdapat keberanian untuk berbuat demikian atau sebaliknya.

"Pemuda UMNO cabar untuk pecat bukan sahaja tok mat (Datuk Seri Mohamad Hasan ) tapi seluruh menteri dan timbalan menteri UMNO.

"Kita okay sahaja, nak tengok pemimpin kamu berani atau tidak," ujarnya.

Sebelum ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan dakwaan penglibatan dalam gerakan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.

Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Malaysia, Kusaaliny Mahendran berkata, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan integriti pentadbiran Kerajaan Perpaduan terus terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved