Pemuda Digari & Ditahan Secara Rawak Oleh Pegawai AADK, Didakwa Tidak Dibenarkan Hubungi Keluarga – “Duduk Satu Sel Dengan Penagih…”

12 Jun 2024 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam tular foto lelaki berusia 22 tahun di media sosial yang dilaporkan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya.

Menurut kakaknya, kali terakhir adiknya bernama Muhammad Daanish itu dihubungi keluarga adalah pada jam 5.30 petang dan memaklumkan sedang berjalan menuju MRT Maluri untuk pulang ke rumah (stesen MRT Kepong).

image is not available

 

Rupanya ditangkap AADK

Bagaimanapun, wanita bernama Syaida itu mendedahkan adiknya telah dapat dihubungi dan dijumpai pada pagi ini namun apa yang diberitahu oleh pemuda tersebut mengejutkan pihak keluarga.

Menurut Daanish, ketika sedang berjalan menuju stesen MRT Maluri itu dia telah didatangi oleh dua individu, dipercayai merupakan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Mereka hanya memperkenalkan diri semasa sedang menggari adik saya. Adik saya panik dan takut sebab dia ingat pencuri ke apa tiba-tiba datang dekat dia. Adik saya cedera di tangan ketika bergelut dan dimasukkan ke dalam van.

image is not available

 

Tak bagi hubungi keluarga

Daanish kemudian dibawa ke lokap AADK di Cheras dan ditempatkan di dalam satu sel bersama-sama dengan penagih dadah yang telah ditangkap.

Bagaimanapun, dakwa Daanish pihak AADK tidak membenarkannya untuk menghubungi ahli keluarga untuk memaklumkan keberadaannya.

Pagi ini, bila air kencing negatif mereka lepaskan adik saya dan 4 lagi individu yang mereka tangkap secara rawak. Mereka beri alasan tangkap sebab adik saya nampak mencurigakan.

Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak namun wanita bernama Syaida itu mahukan penjelasan mengapa adiknya tidak dibenarkan untuk menghubungi ahli keluarga selepas ditahan.

Perbuatan ini bagi saya sangatlah kejam sebab memberi kerisauanpada keluarga. Sebaiknya beri kelonggaran untuk maklumkan. Keluarga tak tahu nak cari siapa dan di mana.

image is not available

image is not available 2 weeks ago

Dua Pegawai Kanan Polis Didakwa Terima Rasuah RM1.25 Juta Demi Tutup Kes Warga Israel Beli Senjata Api