“Bila check urine clear…” – Dilaporkan Hilang Sejak Petang Semalam, Individu Dedah Adik Rupanya ‘Ditahan’ Tanpa Sebab

Entertainment
12 Jun 2024 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular satu ciapan di aplikasi X di mana seorang individu berusia 22 tahun dilaporkan hilang sejak petang semalam.

Individu berkenaan dilaporkan hilang oleh ahli keluarga apabila dia tidak dapat dihubungi ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menaiki MRT.

image is not available

Pun begitu, awal pagi ini, kakak kepada individu tersebut menerusi laman X miliknya @syaidailmuna memberitahu adik lelakinya itu sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat.

Menurut thread tersebut, adiknya yang bernama Muhammad Daanish itu didatangi oleh dua orang individu dipercayai pegawai Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) secara tiba-tiba dan meminta kad pengenalan pemuda itu.

Malah, terdapat juga kecederaan kecil di pergelangan tangan adiknya itu kerana bergelut dengan dua orang pegawai tersebut. Bercakap kepada Lobak Merah, adiknya itu dibawa ke AADK cawangan Cheras.

“Di sana (lokap) mereka tak bagi dia contact family, duduk bercampur dengan penagih dalam satu sel.

Pagi ini, bila urine didapati clear, mereka lepaskan adik saya bersama 4 lagi orang individu yang mereka randomly tangkap,” tulisnya.

Kongsinya, kekeliruan itu menyebabkan seluruh ahli keluarganya bertambah risau selain meminta netizen untuk mencadangkan apa yang perlu dilakukan oleh pihak keluarganya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa menegaskan pihaknya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berkenaan isu itu namun mahukan penjelasan mengapa adiknya tidak dibenarkan untuk menghubungi keluarga ketika tangkapan dijalankan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.