![Image from: Pemuda Gigih Patah Balik Dari Kajang Ke Puncak Jalil Demi Pulangkan Dompet Yang Dijumpai Kepada Pemilik [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Lelaki-berbangsa-India-pulangkan-dompet-dijumpai-di-stesen-minyak-kepada-pemilik.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebiasaannya, apabila berjumpa dengan barang berharga milik seseorang, sesetengah individu pasti akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa atau pemilik premis berhampiran bagi memudahkan tuan empunya barangan tersebut untuk menjejakinya.
Namun berbeza dengan seorang lelaki berbangsa India ini apabila dia sendiri yang mencari dan memulangkan sebuah dompet yang ditemuinya di sebuah stesen minyak kepada pemilik.
Wanita Cari Lelaki Berbangsa India Nama Naga, Jujur Pulangkan Dompet Milik Bapa Mentua
Momen istimewa itu dikongsikan oleh seorang wanita di Threads @aidasarida baru-baru ini.
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Aida di hantaran tersebut, dia meminta kerjasama warganet untuk membantunya mencari lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Naga.
Ini kerana dia mahu menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi atas kejujuran dan kebaikan yang dibuat oleh pemuda tersebut terhadap mereka sekeluarga.
“Saya nak personally thank him sebab menjadi orang baik. Kami sekeluarga sangat-sangat berterima kasih atas usaha saudara Naga menghantar wallet abah dengan selamat. Thank you so much!” tulisnya.
Bapa Mentua Tertinggal Dompet Atas Kereta Ketika Isi Minyak, Patah Balik Tapi Tak Jumpa
Menceritakan detik kejadian itu, Aida menjelaskan bapa dan ibu mentuanya sedang dalam perjalanan ke Terengganu dari Puncak Jalil.
Sewaktu mengisi minyak di sebuah stesen minyak, bapa mentuanya itu tertinggal dompet yang diletakkan di atas kereta dan hanya menyedari sebaik tiba di Keramat, Kuala Lumpur.
“Patah balik cari kawasan sekitar tak jumpa. Tapi sebab dah ada appointment dengan technician kat kampung sana, kena gerak jugak la. Tawakal la dulu. Call bank apa semua untuk block bank cards,” kongsinya.
Adik Ipar Maklum Dalam Group WhatsApp Ada Pemuda Datang Rumah Kembalikan Dompet
Namun jelas wanita itu, adik iparnya telah memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp keluarga mereka bahawa dompet bapa mereka telah ditemui.
Apa yang menjadi perhatian adalah pemuda berbangsa India itu sanggup memulangkan sendiri dompet berkenaan kepada mereka sekeluarga.
Sedangkan pada ketika itu, Naga baru menyelesaikan kerjanya di Klang, Selangor dan pulang ke rumahnya di Kajang terlebih dahulu sebelum menghantar dompet berkenaan di Puncak Jalil.
“Ada orang hantar. Saudara Naga ni bawak lori, isi minyak dekat situ dan nampak ada wallet, dia selesaikan kerja dekat Klang dulu, balik Kajang ambil motosikal kemudian datang ke Puncak Jalil hantar wallet abah.
“Nasib baik IC abah tu dah tukar alamat sini. Sebelum ni alamat kampung. Alhamdulillah. Duit, kad bank dalam wallet tak terusik langsung,” kongsinya.
Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran adik ipar wanita tersebut berulang kali menzahirkan ucapan terima kasih buat Naga atas kebaikannya itu serta memberikan sesuatu sebagai balasan.
View on Threads
Ramai Puji Kejujuran Pemuda Pulangkan Dompet
Perkongsian yang telah mendapat lebih 78,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji kejujuran pemuda berkenaan yang sanggup memulangkan semula dompet dalam keadaan asal.
Malah, ada yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Naga atas keikhlasan dan kegigihannya yang sanggup menempuh perjalanan semata-mata untuk memulangkan dompet tersebut.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Inilah Orang Malaysia. Naga Ini Betul-Betul Hati Mulia. Semoga Naga Sentiasa Sihat & Dimurahkan Rezeki”
![Image from: Pemuda Gigih Patah Balik Dari Kajang Ke Puncak Jalil Demi Pulangkan Dompet Yang Dijumpai Kepada Pemilik [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pemuda-india-pulangkan-dompet_netizen_1.jpg)
“Terima Kasih Encik Naga Yang Baik Hati, Jujur, Amanah. Semoga Traffic Light Sentiasa Hijau”
![Image from: Pemuda Gigih Patah Balik Dari Kajang Ke Puncak Jalil Demi Pulangkan Dompet Yang Dijumpai Kepada Pemilik [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pemuda-india-pulangkan-dompet_netizen_3.jpg)
“Bagus La Awak Naga. Aku Kalau Ada Orang Macam Ni, Aku Buat Kawan”
![Image from: Pemuda Gigih Patah Balik Dari Kajang Ke Puncak Jalil Demi Pulangkan Dompet Yang Dijumpai Kepada Pemilik [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/pemuda-india-pulangkan-dompet_netizen_4.jpg)
