Pemuda kaku selepas kemalangan, habis sayur niaga berterabur atas jalan

6 May 2024 • 1:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pemuda kaku selepas kemalangan

Malang tidak berbau, seorang lelaki memberitahu anaknya terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pergi ke tempat kerja.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di laman TikToknya, kelihatan anak lelakinya yang cedera akibat kemalangan telah dibantu oleh pihak perubatan dan orang ramai.

Pemuda kaku selepas kemalangan

@mbsikhwan

Semoga semua yang naik motor selalu selamat. Ada kebaikan dari semua dugaan. Hati2 selalu ya. Semoga sembuh semula anak. InsyaAllah. #anak #y15zr @J6juniors Burger

♬ Satu Shaf Dibelakangku – Afiq Adnan

Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa kagum dan berterima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan tanpa mengira kaum.

“Anak kemalangan dalam perjalanan pergi niaga (burger), terima kasih semua yang membantu tanpa mengira kaum.

“Semoga semua yang naik motor selalu selamat. Ada kebaikan dari semua dugaan. Hati-hati selalu ya. Semoga sembuh semula anak. InsyaAllah,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Pemuda kaku selepas kemalangan

image is not available

Sebak tengok sayur bertaburan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat bahan mentah berniaga pemuda tersebut bertaburan di atas jalan raya selepas kemalangan.

image is not available image is not available image is not available

Semoga dipermudahkan urusan dalam mencari rezeki

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan pemuda tersebut dalam mencari rezeki dipermudahkan selalu dan berharap dia kembali sihat seperti sedia kala.

image is not available image is not available

Sumber: TikTok @mbsikhwan