Pemuda lemas dipercayai dihanyut arus deras

6 Aug 2023 • 1:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menjalankan kerja mencari seorang lelaki dipercayai lemas dalam kejadian di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu di sini pada Ahad.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki lemas dipercayai dihanyut arus deras ketika mandi di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu di sini pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.54 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 8.01 pagi.

"Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 28 tahun itu dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti riadah di lokasi tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.

"Kerja mencari mangsa turut dijalankan dengan bantuan Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang di sekitar lokasi.

"Pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dan pada kedalaman air lima meter," katanya.

Menurutnya, sebarang perkembangan berkaitan akan dimaklumkan kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved